Ahad, 20 Disember 2009

ADAB BERBUAL DALAM KAUNSELING MENURUT ISLAM

KONSEP HUBUNGAN ANTARA KAUNSELOR DENGAN KLIEN DALAM KAUNSELING ISLAM
Islam menagajar manusia supaya melembutkan ucapan dan saling menghargai manusia dalam pergaulan seharian. Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah ia berkata yang baik atau diam”
(Bukhari dan Muslim)
Dalam hubungan antara Kaunselor dengan Klien dalam kaunseling Islam terdapat lima (5) konsep utama iaitu:
Vokal.
Suara.
Penglihatan (Visual).
Bahasa Badan (Body Language).
Ihsan.
Penugasan ini akan membincangkan mengenai konsep hubungan Vokal sahaja sepertimana yang dianjurkan oleh Islam dalam menjalankan sesi kaunseling dan diharapkan ia dapat digunakan secara meluas dalam profesion Kaunseling diseluruh Malaysia,
ADAB BERBUAL DALAM ISLAM
Antara tatasusila masyarakat yang perlu diberi perhatian dan diterapkan oleh kaunselor ialah sifat sopan santun dalam percakapan dengan menggunakan tutur kata dan bahasa halus dalam menjalani sesi kaunseling. Selain itu, adalah perlu seorang kaunselor berbual mengikut taraf kedudukan seseorang klien dalam memastikan profesion kaunseling terus dijaga dan dihormati oleh klien. Antara adab bercakap ialah:
1. Bercakap Dengan Bahasa Yang Betul
Para kaunselor hendaklah menggunakan bahasa yang baik apabila menjalani sesi kaunseling tanpa menggunakan loghat daerah atau bahasa pasar. Al-Hakim meriwayatkan dalam kitab Mustadrak daripada Ali Bin al-Hussain r.a berkata: Sayyidina al-Abbas tersenyum, lalu al-Abbas bertanya;” wahai Rasulullah apakah yang mengetawakan kamu?. Nabi s.a.w. menjawab yang bermaksud;” kecantikan bapa saudara Nabi mengagumkan aku”, lantas al-Abbas bertanya lagi,” apakah yang cantik?” jawab Nabi: “percakapan”. Riwayat al-Askari menyebut: “apakah yang cantik pada seorang lelaki?. Jawab Rasulullah s.a.w.,” kefasihan lidahnya”.
Riwayat al-Shirazi dan al-Dailami daripada Abu Hurairah r.a berkata: kami bertanya Rasulullah s.a.w. “wahai Rasulullah kami tidak pernak melihat orang yang lebih fasih daripadamu?”. Jawabnya bermaksud;” bahawa Allah S.W.T tidak akan menjadikan aku bercakap salah, Allah memilihku sebaik-baik kalam iaitu kitabNya al-Quran”.
2. Tidak Gopoh Semasa Bercakap.
Antara adab ketika bercakap ialah tidak gopoh supaya klien dapat memahami dengan baik apa yang dicakapkan dan dapat mengikuti serta mengetahui isi kandungan yang dimaksudkan. Mengambil contoh seperti yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. berpandukan hadith al-Bukhari dan muslim yang meriwayatkan daripada sayyidatina ‘Aishah r.a berkata:
Rasulullah s.a.w. tidak mengeluarkan percakapan seperti yang dilakukan oleh kamu semua apabila baginda bercakap, kemudian seseorang minta diulangi lalu baginda mengulanginya.
Al-Ismaili menambah dalam riwayatnya:
Sesungguhnya kata-kata Rasulullah s.a.w. difahami dengan hati.
Abu Daud pula meriwayatkan daripada A’ishah yang menyebut:
Sesungguhnya kata-kata Rasulullah s.a.w. cukup jelas dapat difahami oleh sesiapa sahaja yang mendengarnya.
3. Tidak Melampau Dalam Menggunakan Bahasa Fasih
Antara adab bercakap ialah tidak keterlaluan dalam menyebut perkataan dan tidak melampau sebutan fasahahnya hingga kehujung halkum dengan mengeluarkan suara yang dalam daripada halkum. Ni seperti yang diriwayatkan olej Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang baik daripada Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Allah S.W.T membenci orang yang keterlaluan dalam percakapan seperti mana lembu menghilangkan sisa-sisa makanan dengan lidahnya.
Anas yang meriwayatkan daripada Nabi s.a.w. menyebut yang bermaksud:
Rasulullah s.a.w. ketika mengeluarkan satu-satu perkataan mengulanginya tiga kali sehingga dapat difahami, dan apabila dating kepada sesuatu kaum, memberi salam kepada mereka, baginda sentiasa bercakap dengan tegas, tidak meleret-leret dan tidak pula terlalu ringkas. Baginda benci pada kalam banyak tetapi tidak berisi.
4. Bercakap Mengikut Kadar Kefahaman Klien
Antara adab bercakap ialah menggunakan bahasa yang boleh difahami oleh pendengar magnikut atahap pengetahuan, kebolehan dan umur klien dengan mengambil pengajaran daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud.:
Kami para Nabi disuruh bercakap dengan manusia mengikut kadar akal dan pengetahuan mereka.
Dalam Sahih al-Bukhari daripada Ali iaitu hadith mauquf yang bermaksud:
Bercakaplah dengan manusia apa yang mereka tahu, adakah kamu suka berdusta terhadap Allah dan RasulNya.
Dalam muqaddimah Sahih Muslim daripada Ibn Mas’ud r.a berkata yang bermaksud:
Apa yang kamu cakapkan kepada sesuatu kaum tidak setaraf dengan akal mereka, akan membawa fitnah kepada sebahagian mereka.
Daripada al-Dailami daripada Ibn Abbas r.a iaitu hadith marfu’ yang bermaksud:
Jangan kamu menyampaikan hadith-hadithku kepada umatku melainkan sekadar kemampuan akal mereka, kerana perbuatan itu boleh menimbulkan ftinah.
5. Jangan Bercakap Yang Tidak Berfaedah Dan Menjemukan.
Antara adab bercakap yang lain ialah hendaklah bercakap dengan cara yang sederhana, tidak terlalu ringkas sehingga sukar difahamai dan tidak terlalu panjang yang boleh menjemukan. Percakapan hendaklah memenuhi maksud, disamping boleh menimbulkan kesukaan dan minat klien untuk menceritakan keadaan mereka.
Riwayat Muslim dan Abu Daud yang meriwayatkan daripada Hakim bin Hizam r.a berkata:” Aku solat Jumaat bersama Rasululluh s.a.w. baginda bangun bertekan pada tongkat dan memuji Allah S.W.t, sesungguhnya kata-kata yang diucapkan adalah lembut, bagus lagi diberkati.
Terdapat dalam al-Bukhari dan muslim yang bermaksud:
Ibn Mas’ud sentiasa mengingatkan kami setiap hari Khamis maka seorang lelaki berkata kepadanya: “Wahai Abu Abdul Rahman kami mahu sekiranya kamu mengingatkan kami setiap hari. Jawab Ibn Mas’ud,” ini tidak mungkin kerana aku tidak mahu perkara ini menjemukan kamu, sedangkan aku melakukan ini sebagai nasihat sepertimana Rasulullah s.a.w. kerana takot menjemukan kita”.
6. Tumpukan pendengaran kepada yang bercakap
Satu daripada adab ketika bercakap ialah berdiam serta mendengar penuh minat kepada orang yang bercakap supaya dapat memahami keseluruhan percakapannya. Lihatlah perilaku para sahabat ketika Nabi s.a.w. menceritakan sesuatu atau bercakap kepada mereka. Seolah-olah di atas kepala mereka ada seekor burung, kerana sangat menghormati dan amat mengambil berat percakapan Nabi s.a.w.
Begitu juga yang dilakukan oleh Nabi s.a.w.. baginda mendengar dengan penuh minat kepada sesiapa yang bercakap atau bertanya, malah baginda melayan semua sahabat dengan baik. Abu Daud meriwayatkan daripada Anas r.a katanya:”Aku tidak pernah melihat Nabi ketika seorang lelaki menceritakan sesuatu rahsia kepadanya akan berpaling daripadanya kecuali lelaki itu terlebih dahulu berpaling, begitu juga jika baginda memegang tangan seorang lelaki dan melepaskannya sebelum lelaki itu terlebih dahulu melepaskan tanganya”.
7. Hadapkan Percakapan Dengan Klien
Seorang kaunselor yang menjalani sesi kaunseling hendaklah memandang kepada klien agar klien merasa dirinya dihargai dan dihormati. Al-Tabrani meriwayatkan daripada ‘Amri bin al-As berkata yang bermaksud:
Rasullullah s.a.w. mengadapkan muka dan percakapannya sehingga kepada serendah-rendah kaum dan menyenangkan hati mereka. Baginda pernah menghadapkan mukanya dan percakapannya kepadaku (Amru) sehingga aku rasa akulah yang terbaik, maka aku pun bertanya: wahai Rasulullah, saya lebih baik atau Abu Bakar? Abu Bakar juga bertanya: Wahai Rasululllah, saya lebih baik atau Umar? Umar juga bertanya: Wahai Rasululllah, saya lebih baik atau Othman? Kemudian Othman berkata: ketika saya hendak bertanya, Rasulullah s.a.w. berpaling daripadaku, maka aku rasa lebih baik kiranya kalau aku tidak bertanya.
8. Bersahaja ketika bercakap
Kaunselor hendaklah bercakap dengan daya yang bersahaja kepada klien ketika ia sedang dan selepas sesi kaunseling supaya klien tidak rasa jemu atau bosan mendengar. Al-Imam Ahmad meriwayatkan daripada Ummu al-Darda’ r.a berkata yang bermaksud:
Abu al-Darda’ sentiasa senyum ketika bercakap, aku kata, jangan, nanti orang kata kamu bodoh kerana tersenyum sambil bercakap. Jawab Abu Al-Darda’,” Aku sentiasa melihat Rasulullah tersenyum ketika bercakap. Oleh itu Abu al-Darda’’ sentiasa srnyum ketika bercakap mengikut jejak Rasul s.a.w.
Muslim meriwayatkan daripada Sammak bin Harb berkata aku pernah bertanya Jabir bin Samrah r.a.: Pernahkah kamu duduk bersama majlis Rasulullah s.a.w.?. Jawabnya,”ya selalu”. Rasulullah s.a.w. tidak akan bangun dari tempat sembahyang apabila selesai solat subuh sehinggalah naik matahari. Apabila terbit matahari, para sahabat pun bercerita sesame mereka (sedang Rasulullah ada bersama) tentang keadaan mereka ketika jahiliyah dahulu lalu ketawa manakala Rasulullah s.a.w. tersenyum.
Kesimpulannya, inilah sebahagian daripada asas-asas penting yang diatur oleh Islam tentang adab bercakap. Para Kaunselor hendaklah mendalami asas-asas ini dan mempraktikkannya setiap masa agar sifat-sifat ini menjadi kebiasaan dalam profesion kaunseling dan kehidupan.